Ada dua Siddiq menemani Satu Anwar. Hubungannya rapat, pertautan pemikiran dan persekawanan yang menyala. Siddiq Fadzil dan Siddiq Baba, yang keduanya sahabat sekaligus sparing partner intelektual seorang Anwar Ibrahim.
Siddiq Baba Budak Melaka, lebih suka dipanggil Cik Gu. Selepas menyelesaikan pelajaran PhD di Amerika, Siddiq Baba bersama Anwar aktiv di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Platform Universiti yang begitu kuat kesan reformasi dan kejernihan berfikir, mendorong keduanya dalam gerakan kritikal.
Apatah lagi Siddiq Baba selama di Amerika berjumpa dengan aktivis haraqah dakwah internasional seperti Fazlur Rahman, termasuk Syeikh Yusuf Qardhowi pentolan Ikhwanul Muslimin. Masa masa itu, awal Abad 19, dunia tengah digoncangkan oleh Gerakan Pembaharuan Islam.
Pertembungan pemikiran Anwar dan Siddiq Baba tertuju pada cita yang sama; Islam harus mewarnai seluruh aspek kehidupan, utamanya politik dan kepemimpinan nasional.
Gejolak reformasi dengan semangat Islam menjalar dengan cepat di pelosok negara. Anwar Ibrahim termasuk turut terpengaruh gelombang pembaharuan islam, sebab dia rajin berkunjung dan berdiskusi ke tokoh tokoh pembaharu itu.
Siddiq Baba, disebabkan aktiviti mahasiswa ketika itu yang melancarkan aksi demonstrasi, turut diperiksa polisi Malaysia. Tapi dia tabah. Dia ingat ada senior yang lebih mara di depan, Anwar Ibrahim yang dikagumi.
Satu lagi sahabat Anwar adalah Siddiq Fadzil. Kalau Siddiq Baba seorang Pimpinan Pejabat University Islam Antarabangsa (UIA), Siddiq Fadzil lebih menonjol sebagai pendakwah. Sama dengan Anwar, Ia banyak terpengaruh oleh Buya Hamka, Mohammad Natsir dan juga Mursyid Am Ikhwanul Muslimin Hasan Al Banna.
Kedua dua Siddiq, bersatu dalam 1 jiwa Anwar Ibrahim yang hendak merecupkan kuncup peradaban Islam ke kancah politik kebudayaan Malaysia.
Anwar Ibrahim muda dan 2 Siddiq kawan bergelutnya, mula menyedari kemerdekaan Malaysia telah tidak diisi dengan pembinaan ruh merdeka sewajarnya. Malah berlaku dehumanisasi dan peminggiran nalar kritikal atas nama pembangunan negara.
Memgelaborasi Paolo Freire dan Al Kawakibi, Tiga Serangkai SSA (Siddiq-Siddiq-Anwar) mencadangkan agar pendidikan Malaysia tidak segaris dengan tujuan Industrialis-kapitalistik global
Pendidikan itu, kata Siddiq Fadzil boleh membangunkan kaum tertindas yang terbenam dalam budaya bisu. Fadzil berkeyakinan bahawa manusia betapa pun jahilnya, dan berapa pun lamanya terbenam dalam budaya bisu (submerged in the culture of silence), ia tetap berpotensi untuk melihat dunianya secara kritikal. Itulah natijah pendidikan sebenar.
Tapi, genealogi politik manhaji, disauk dari M.Natsir, Buya Hamka, Fazlur Rahman, Sayyid Naquib Al Attas, Terutama Muhammad Abduh dan Jamaluddin Al Afghani, membuat Anwar Ibrahim dan 2 Siddiq tidak mahu menerima pengurusan Mahathir Mohammad yang dipandang mencetus mediokriti birokrasi, menjauhi demokrasi.
Intellectual Exercise
Corak intelektual exercise merupakan kemiripan minat 2 Sidiq 1 Anwar. Pembacaan buku dari Falsafah Timur dan Barat, tafsir Quran dan pelibatan diri dalam haraqah Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) memangkin semangat dakwah dan kejuangan politik. Sejumlah pidato, orasi budaya di Kolej Islam Selangor (KUIS) semasa “Mengenang 100 Tahun Bapak Mohammad Natsir) menegaskan pandangan politik islam Anwar yang telus kepada rakyat.
Allahyarham Siddiq Fadzil itu pernah menyebut, “Saudara Anwar lebih dari seorang politisi. Dia seorang cendikiawan begeliga dan pandita. Diantara idea idea bercorak masa depan yang di torehkan antara lain ; wawasan kebangkitan Asia, wawasan ekonomi kemanusian, wawasan pendidikan keinsanan, wawasan masyarakat madani, dan yang terkini gagasan World Forum for Muslim Democrats
Ditemani 2 Siddiq dan mungkin ada puluhan lagi rakannya sejak reformasi Malaysia bergulir, Anwar Ibrahim membuka tabir kepemimpinan baru Malaysia. Sebagai Perdana Menteri “Pertama” yang terlahir dari kalangan aktivis mahasiswa, orator dakwah dan jatuh bangun hidup dari Penjara ke Penjara.
Tapi pemikiran dan kiprah 2 Siddiq semasa masih hidup, boleh menjadi pancang pancang Malaysia madani yang sedang digelorakan Anwar Sang PM.
Anwar harus bertolak dari falsafah Islam, shiroh Nabawwiyah, konsep pembaharu Islam Tsumul mukammil dan inspirasi juang dari dua Siddiq yang telah berpulang.
Wahai Sahabat…Jasamu tak lekang di terik panas, amal jariahmu mengalir hingga Pusara jadi Taman Taman Surga.***
Elviriadi seorang penulis prolifik, pendakwah dan penulis buku